Thread subject: Amateur Radio Community :: 10 meter DX'er

Posted by 9w2di on 30-03-2008 11:54
#1

Salam,

Selama ini kesepian dan selepas nie akan terus dx kerana bila melihat lesen baru sampai 3 bulan lalu, Class B leh guna 10 meter....


1996 = Ramai rakan aktif dalam 11 meter mode FM frekuensi jalur rakyat apabila JTM pada masa itu tidak memperuntukkan pengunaan HF sebarang band.

1999 = Ramai dikalangan DX'er 11 meter lulus periksa dan terus bertukar ke 2 meter. Jual habis radio 11 meter dan 10 meter. Antenna bawak turun letak kat alang dan ada yang jadikan ampaian.

2000~2003 = Beralih kepada 11 meter apabila pada masa itu SSN (Sun Spot Number) pada kadar yang agak kurang berbanding 1999. Namun salah seorang rakan kita dalam contest mendapat 1000 stesen.

2008 = Saya kembali dan melihat ramai rakan kita dalam lesen kelas B menggunakan 10 meter antaranya 9w2rzl, 9w2drl dan ada lagi nak spot.

Dijangka SSN circle dalam 11 tahun. Jadi tahun 1999~2003 baik. 2009 sampai 2011 paling baik. Mari kita tunggu dan kemunculannya semula.

Saya telahpun menghubungi rakan rakan lama dan mereka akan turut serta dalam 10 meter Dx'er nie.

Tunggu misi kita dalam sahutan cabaran 10 meter era 2k ini. Kita akan mengadakan seisi perbincangan dari masa kesemasa.

73